Followers

Mar 24, 2014

Sejadah Putih

Manusia boleh jadi apa dia mahu.
kelemahan manusia rapuh adalah apabila mereka mengabdikan diri dengan UANG. 
jadi bodoh jadi lemah jadi tunduk setiap yang ingin memilikinya.

Bunuh membunuh dari azali -- apa lah sangat.
semata kemewahan yang tidak bertahan.
semata nama yang megah tiada erti.
semata itu manusia alpa dan keji.

Mana akal suci yang Tuhan anugerahkan.
Yang membezakan kau dan binatang.
Betapa mulia dirimu tercipta -- Manusia.

Tapi kau masih jua tunduk dengan nafsumu yang satu.
Kemewahan di mata dunia bukan di mata Penciptamu.

Bila jatuh tersungkur, Punah segala yang kau banggakan.
Dari itu, kau mula merangkak menunduk malu
memohon segalanya kembali.
merayu meratap meraung di atas sejadah putih. 
meminta memuja hanya pada Tuhan mu yang satu.

Yang dulu segala kau punya . BANGGA .
Sehingga kau lupa Tuhan mu menjadikan semua itu.
Kau lupa di mana kau berpijak.
sekali kau tersungkur mujur kau sempat berpaling.
Mengenang Tuhan mu.
Syukur.. Tuhan mu masih mengenali dirimu 
Menyayangi memaafi segala perbuatan keji dan hina
walau sedikit kau tidak pernah ada waktu untuk Tuhanmu.

Moga kau tidak lupa buat kali kedua.

1 comment:

Anonymous said...

nice