Followers

Mar 25, 2014

Percuma Bodoh

Apa yang akan korang buat.
Bila yang dulu pernah kau pernah sayang
yang kau sanjung. kembali meminta.

aku ulang. YANG DULUUU.
bila di buka balik erti dulu. Ya. indahnya detik itu saat itu.
Tanpa di sedari ianya tidak lagi sehingga kini.

Dek kerana yang dulu menjadikan engkau yang sekarang. Engkau dengan perlahan merangkak meninggalkan saat indah yang hanya engkau rasa seorang tidak kekal selamanya. Engkau tahu tapi engkau cuba menolak segalanya hanya untuk membuat hati bahagia . Untuk seketika.

Orang pernah bilang lebih baik cepat sedar akan sesuatu yang tidak pasti memberi diri bahagia.
jangan di tambah luka di hati oleh perbuatan manusia yang tidak tahu menghargai.
Kau sanggup menanti percuma bodoh hanya untuk ungkapan sayang dari mulut si dia yang kau tahu itu sukar untuk di dengar.
Kau sanggup membuta tuli percaya setiap inchi kata manis yang akhir membawa barah hati.
Kau sanggup menadah segala permintaannya demi bukti cinta satu . kononya,

Masa tu kau betul tak sedar bodohnyaa manusia seperti ini menjadi boneka di dalam semua drama cinta yang palat. Dan sehingga akhirnya kau mula menyedari akan kebodohan diri.

Kau mula mengorak langkah melupakan segala yang kau anggap manis itu. Yang sebenarnya itu adalah pemusnah hidup. Dengan langkah baru menuju sesuatu yang lebih indah dengan pasti dan realiti.

Setahun?
dua tahun?
beberapa tahun?

"Hai. masih ingat lagi?

No. Biarkan engkau menjadi kesan di dalam hidup ku.

No comments: