Followers

Mar 26, 2014

Nota kaki.

Untuk mengenali seseorang sangat mudah. Untuk memahami hati bukan sesuatu yang mudah.
Untuk memahami bukan mengambil masa seminit dua, bukan seperti makan snek depan laptop tonton drama sampai dua jam. Waalaupun dua jam belum tentu kau betul mengenali segala keperibadiannya.

Kau menolak segala pelawaan untuk diketemukan berdua di akhir tahap kau lemah
lemah untuk menolak lagi lemah di campur dengan pelbagai perasaan. Kesian ? Mungkin..
Atau kau hanya berfikir . "Salah ke jika di beri peluang untuk mengenali? "

Detik bermula.. Tampak biasa belaka di awalnya.
menyenangkan selesa di awal pertemuan. Mungkin mudah untuk kau mengenalinya lebih.
Jika begini sudahnya tiada apa yang boleh kau menolaknya lagi buat pertemuan kali kedua.

Hari berganti , Seronok di awal pertemuan sehingga mencetuskan pertemuan kedua.
"Apa kau betul sudah memahami keperibadian dia selepas yang pertama? " Lagi sekali..
"Salah ke jika di beri peluang SEKALI LAGI untuk mengenali? " mungkin ini masa kau rasa kau betul fahami dia.

Segala yang buruk kau ketepikan. Kau buang jauhjauh. di akhirnya kini kau sedar dia bukan sangkaan kau betul-betul percaya sepenuhnya. Bodoh. Kenapa di awal pertemuan semuanya tampak indah?

Dia menjadikan tubuh kau suatu yang mudah bagi dia untuk di dapati. sesuatu yang boleh di dapat di pasar malam. Enak di belai manja, enak pertemuan kedua itu dia merobek setiap cebisan tubuh untuk kepuasan nafsunya yang satu. Kau memang lemah !

Ini bukan masa untuk kau menyesal dengan segala peluang yang telah kau beri . Soalan demi soalan yang tiada jawapannya..

Ini hanya Nota kaki.
Aku coret seribu makna dalam.
Buat semua..

No comments: