May 19, 2012

Budak Serving Kerek

Wahai Cermin Ajaib siapa Paling Comel? Ouh yang sedang pegang kamera itu HAHAHA 
lol Joke Only. Kecoh lahh luuu.

Disini anda boleh lihat dimana saya dan kawan saya berada. Actually ini adalah dewan bankquet yang telah kami hiasi dengan meriah  bersempena Konvokesyen Politeknik kali ke - 7.dimana para VVIP and VIP yang akan bertandang untuk mengisi tong perut mereka dengan rakusnyaa.  Penat Betul Setting. disebabkan berbayar maka kami sanggup.
Apa pon Selipar saya Paling Comel.
Lihat dengan Jelas. sapa paling gemok? haha jahatnya aku haha. okay stop it Ain. bukan kami berdua je yang setup semua benda n tapi lebih dari 5 orang. malas ahhh tangap gambar mereka. selama tiga hari dapat makan free, ahhh seronoknyaaaa . 
The Next Day. The waiter :)
Awal Jam 6 pagi kami dah kene ready untuk Breakfast. pergghh Demand betol dorang makan pepagi Buta, orang duduk seronok Tidur atas katil keluar air liur basi sambil bermimpi mimpi. Miera tugasan Jadi peyambut Tetamu . Saya jadi Budak Serving yang kaya dengan Senyuman. setiap saat tersengih je kerja aku huahuahuaaa. tapi kekadang kami kena banyak bersabar dengan dorang. Pukul Tujuh Turun dari hotel untuk breakfast. Menu pagi Nasi lemak, ayam rempah, sambal sotong. arghh mula tengok dah terliur ni taksabar betul nak makan. haha. lunch lagi penatt macam macam kena buat itu ini. orang punya ramai. setaip satu table satu waiter kena jaga . satu table ada sepuluh orang. setiap seorang kene treat nicely and polite. senyum itu pentinggg.
Mari belajar lipat Napkin dari senior huahuaahuaa.


After Done Kemas all Stuff. Dengan Lecturer tercintaa Miss Ana.
 I love You very very very muchh. Pointer saya tinggi dalam Subjek Miss hihi
By tomorrow ada lagi event. tomorrow last. By Wednesday patutnya ada lagi event tapi takdapat join sebab ada Test . T__T takpe lahh takde rezeki. InsyAllah ada lagi pintu rezeki kami. hihi. walaupon penat tapi seronok sebab saya baru je kenal mereka semua  senior ni tapi dah rapat like one family.

Result final exam Semestar satu dah keluar. Alhamdulilallah saya bersyukur sangat dengan apa yang saya dapat . 3 pointer above, parents saya bangga walaupun lagi berapa pointer dapat AKJ . tapi takpe lah janji takde paper repeat. yeaaaahhh jumpa lagi di Semester 2 ! salam :)

May 11, 2012

Cerita & Tips untuk muka & Video Tutorial

Ini entry sebelum saya pulang Esok pagi dan Menghadapi Short SEM T__T
Ahhhhh Jangan Mengeluh Ain.

Kekadang ada baiknya Short SEM tapi Kekadang Ada Tak baiknya eh bukan tak baik maksudnya Tak Best. Camni susah Nak cari Duit Takde Cuti Dua Bulan. Hmm. Tapi apa kan daya saya seorang pelajar jangan pernah sesekali Merungut tapi nak Merungut jugakkkk. sikit je . HISSSH. Saya kuat semangat. kuat sangat macam Fadzli. Doakan saya berjaya dalam Hidup. cetttt.
Selagi awak Masih sentiasa Ada untuk Saya dan Beri Sokongan berpadu padu.
Terima Kasih Sayang. Pesan saya bukan satu tapi Banyak. paling penting jangan pernah lupa Mesej saya Tiap saat hahahha Amik kauu fadzli :*

sebelum saya beredar sila Nangis ehhh ehh Silap typo haha sila Baca sampai habis.
Sila jangan gelak dengar suara saya yang annoyingg . Maaf saya masih belum dapat buat tutorial Shawl. Taktao arrggghh bila nak buat. hihi jangan lah merajukk ekk. kalau merajuk pujuk sendiri . Actually ini hanya basic makeup so tak boom sangat makeup aku tuu. 
okay ini antara produk yang telah aku tepekk dekat muka. Murah je tapi still berkualiti and Alhamdullilah Kulit saya masih stabil gunakan Produk ni dan Kulit saya paling jarang sekali timbul jerawat. ini pengakuan jujur. aku akan kekal kan penggunaan sekarang. 

produk Pixy yang aku gunakan mengandungi SPF15. tak tahu apa SPF 15? sila google. yang best pakainya kan kan kan kan, bila kita peluh, tak terlalu nampak kita peluh plus dia ratakan tona warna kulit kita.kira tidak bercapuk lahh hihi. Pixy Foundation ada tambahan boleh tutp korang punya lebam bawah mata tuu.  satu lagi Eyeliner sebenar saya adalah Liquid Eyeliner Bukan glimmerstick tapi sebab nak cepat saya pakai Glimmerstick dalam video takut nanti comot pakai liquid. Yang bagus glimmerstcik ni kan bila kita tepek diatas kelopak mata nampak pengwarnaan dia smooth dan tak comot. untuk yang baru berjinak pakai Eyeliner Try godeh yang jenis Glimmerstick ni atau yang pencil punya, nanti bila dah pandai pakai baru beralih ke Liquid punya. untuk pemilihan Liquid Eyeliner pula, jangan Beli sebarangan punya sebab ada kesan buruk pada kelopak mata korang. ini Fakta kesan dia akan mengakibatkan mata kelopak mata atas korang pedih dan kemerahan bila cuci. So pilih yang terbaik jangan pakai yang tiruan punya okay gegurl?

okay beralih kepada pencuci muka dan scrub muka yang saya gunakan pula. eheemmm .
sumber google.
paling suka pakai Eversoft. kenapa? produk ini 100% dari tumbuhtumbuhan. dan lepas saya pakai alhamdullah kulit saya okayy dan lembut ceeettttttttt puji diri sendiri ke apa kau ni? alamakkkkkk Maaf kalau menyampah T__T dulu banyak jugak cleanser aku pakai. tapi takbaguss maa. lepastu beralih ke eversoft dan ini paling sesuai dengan kulit muka aku dan insyAllah aku kekalkan hihi. 
Scrub saya paling jimat kott . salah satu sebab adalah kita pakai seminggu sekali je.hihi nak tahu scrub apa ? SCRUB BERAS okayy gegurl. hihi ini original punya SCRUB . saya tahu ni pon dari kawan saya MIA. thank to you. macam mana nak buat scrub beras? 
Mula selongkar dapur cari Beras lepas tu Makan sampai kenyang hahha salah tu woii!  dah dapat beras satu baldi, ehh satu baldi? gila nak kene penyapu dengan mak kau buat lahh. hahaha. maaf saya bergurau okay back. ambil beras dalam satu mangkuk cukup then buka api dapur masak beras tanpa minyak sampai warna keemasan, tengok macam nak dekat hangus tu angkat lahh jangan kau bia sampai hitam hihi. lepas tu kisar beras tuu. lepas kisar ambil sedikit letak ditapak tangan then gonyohh dengan lembut dimuka. Scrub beras ni agak kasar so buat perlahan jangan nak tunjuk ganas sangat depan cermin uwh. segala kecederaan adalah tanggungjawab sendiri, aku dah habaq pakai slowslow kan dah luka hihi gimik sikit. kebaikan pakai benda ni, tiada bahan kimia, mengelakkan jerawat tumbuh dan melembutkan kulit . betul tak tipu.

aaaahhhhhh penat lahh typing panjang. korang paham tak? banyak lagi Tips tapi saya share mana yang sempat je dulu okay. pagi buta nak bangun weyy, kesian aku T__T
Nothing make a women more Beautiful than the belief that She is Beautiful.
Assalamualaikum :)