Followers

May 1, 2013

Bermulanya perjalanan cuti semester..

cuti aku tak bosan . aku tak jamah cuti kali ini dengan helaian nota-2 yang aku buat untuk bakal exam aku next week. Sebaliknya aku jamah dan aku telan cuti aku ini dengan hal yang mendatangkan duit.
menghitung hari.. Ya hari penghabisan semester tiga. Otak aku belum padat segala informasi untuk paper halal. Entah setan apa yang seronok sangat tempek dalam diri aku sampai jadi malas yang sangat kronik. dah kene sembur dengan ayat suci masih sama. cliche. Moga penyakit kronik ini boleh diubati dan moga memori kepala otak aku boleh terima segala informasi dan selamat "save" dalam folder memori rename "halal information" Moga. Amin...

Itu cerita sebelum aku duduk dikerusi dalam dewan yang amat besar. Perasaan takut sejuk mendadak tapi selepas dua jam ianya berlalu dengan pantas dan kini aku sedang enak dirumah menghabiskan cuti satu bulan. Apa lagi anak muda macam aku yang tidak kejutan budaya ini akan buat di cuti yang lapang? Dating, wayang, kerja , makan, tidur dan macam lagi. itu perkara biasa. 

Buat perjuang masa hadapan, jangan pernah putus mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri. Jangan nak mohon update status "hello guys wish me luck this final" not only that korang nak harapkan kalau diri sendiri malas sering labuhkan punggung takmahu disadung bila sudah selesa.
Buat semester tiga ianya sudah berakhir dan aku buang segala memori terpahit dan aku semaikan segala memori termanis didalam tanah belakang rumah aku walaupun sebenarnya belakang rumah takde tanah yang ada cuma batu konkrit.

Dan aku ya amat bersyukur selama enam bulan tidak menempuh perjalanan dua jam memberi kesialan bila aku mengantuk. Walhal mendatang satu cabaran besar yang aku tidak tahu rupa serangan yang seperti apa. Namun aku berdoa moga urusan yang bakal mendatang berjalan dengan jayanya. Untuk mengetahui detail harian, ianya tidak perlu aku ungkapkan secara berlebihan. sekadar melihat gambarku tersenyum itu beerti hidup aku baik-2 belaka dan tiada manusia jelek cuba memusnahkan kebahagian hidupku dengan kekotoran dari diri mereka. 

Jika mengenai cinta , Cinta aku masih tidak pudar pada encik fadzli yang satu. mungkin sekarang aku kurang bercerita mengenai cinta hati tapi satu hal kalian perlu tahu hubungan kami baik-2 tiada orang ketiga mahupun keempat. tiada sikap dingin yang mendadak berubah. Tiada. bergaduh sedikit itu pasti ada tapi bagi aku itu tanda rindu dan mahu didekatkan lagi perhubungan. Mama mendoakan aku cepat khawin dan aku terima siapa jodohku suatu hari nanti bila tiba masa. Aku tidak mengatakan yang aku cinta sekarang adalah bakal halal bagi diriku tapi doa adalah segala sakti yang menjadi kemungkinan. Siapa kita nak lawan takdir. bertahun bercinta tidak menjamin selamanya kekal abadi. Tapi mcam aku cakap tadi, DOA. segalanya. Moga ada yang setia dan mendoakan kebahagian aku dan minta dijauhkan segala malapetaka dari manusia yang kurang kasih sayang.

1 comment:

fatiniathirah said...

Hii sy tag awak and jom join GA ni http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-giveaway-by-osm.html :)