Followers

Apr 15, 2013

Sebagi seorang penulis gigih

Permulaan kata yang indah Assalamualaikum. Masih menanti ayat-2 yang betul dan memikirkan ayat-2 yang tersusun bakal aku muntahkan namun semenjak dua menjak ini jari jemari aku mati dalam memulakan langkah sebagai seorang blogger yang tegar. Idea yang dulunya datang telah mencipta sejumlah folllower melebihi ribuaan pembaca yang begitu asyik akan kata-2 dari seorang blogger yang tegar. Yang dulunya bisa menciptakan rindu oleh ramai pihak apabila seorang blogger tegar menyepi dari penulisannya. Tapi sekarang....... Seorang blogger yang dulunya tegar kini berubah kepada seorang blogger yang intinya kurang terhadap idea dan kata yang seru. Kesibukan hari terhadap dirinya mungkin menjadi sebab kenapa dia menyepi. Dulu... dia merupakan seorang blogger yang tegar di setiap harinya tiada seri jika tidak dapat menaip sekurang satu entry dalam sehari, ini kerana tiada punca dia untuk menyepi dalam mencipta suatu entry yang menarik dan mampu menarik ramai orang untuk membacanya. Kini..... dia merupakan seorang yang bukan malas tapi seorang yang sibuk dalam urusan masa hadapan lebih mudah seorang pelajar yang bercita memiliki segulung diploma selepas satu tahun setengah akan datang. Adakala kotak memorinya terlupa untuk mengeluarkan segalanya. Lumrah manusia bukan semua perkara perlu diberitahu dan mudah alpa. Jadi suatu perkara biasa?

Hai bagaimana hari saya. bagaimana yaa nak diceritakan bila banyak benda aku sudah lupa. banyak benda actually nak aku coretkan tapi bagaimana yaa mahu dimulakan. Baiklah let me start with.... erm not not that story *masih berpinar memikirkan idea. Okay baiklah aku mulakan dengan politeknik tercinta kononya penentu masa hadapan. Setelah setahun plus plus aku masih bertahan dan kini bakal menamatkan semester tiga. sekarang tengah seronok-2 makan ice cream sedangkan exam is around the corner, what should i do? Aku seorang pelajar yang bukannya lekat dengan buku mahupun segala note yang pernah aku buat. Jarang sekali , bila dah sampai seru baru menggelupur bongkar segala note lama yang renyuk dalam handbag letak pen celah telinga dahi kerut-2 baca segalanya. Tapi jarang sekali berlaku. Ahhh leganya bila tiba masanya nak tamat semester tiga bagai terasa tamat semua semester. Ini kerana panahan semester hadapan aku praktikal tidak lagi menempuh perjalan dua jam selama enam bulan. seronok ya seronok. tapi perasaan takut gementar bercampur aduk jadi susu basi. Bukit raja akan menjadi kediaman kedua buat diriku yang kurang pandai berdikari, Alaahh 30 minit perjalanan kalau tidak betah aku sanggup ulang alik balik rumah mama. semester 4 iaitu bulan jun sehingga bulan november tidak lama lagi akan menjadi bulan yang sangat busy sepanjang aku bergelar sebagai seorang student. Kalau sekarang busy-2 pun aku masih boleh curi masa update blog tapi untuk detik jun nanti aku tak boleh bagi apa-2 jaminan, Entah-2 tak raya aku. Pity me T__T tapi... Rasa tak sabar pun ada! hikhik.

Apa pun ucapan goodluck pada semua yang bakal tempuh final exam terutamanya buat buah hati yang jauh di mata tapi dekat di hati. walaupun lately ni kami jarang sekali contact each other apatah lagi jumpa but we're tried hard untuk tidak mencipta jurang dalam perhubungan. And the most important is "TRUST" sentiasa mengiringi buat awak. Selamat malam wazza wazzza.

No comments: