Followers

Aug 10, 2013

Kembali.

Hilangggg..
Kini kembali...

Untuk berminggu ataupun berbulan. Hilang sepi kini kembali cerita itu ini tapi otak masih dibekukan dengan pelbagai perkara. Aku cerita untuk sekarang yang terjadi bukan cerita lapuk yang dah lama aku kuburkan dalam kotak ingatan. Baik disimpan semoleknya. Hendak dicerita mungkin memakan dua tiga post entry dalam satu hari. Maka baik disimpan.

Ramadhan berlalu
Kini raya kita raikan..

Ucapan hari raya untuk raya ketiga ini masih belum terlambat diungkapkan. Memori tiap tahun berbeza pada hari raya. dulu masa kecik-kecik segala persiapan mak ayah uruskan. Baik dari segala segi. Main mercun bunga api sama jiran mahupun sama saudara. Malam raya kampung wajib dijejaki. Rasa perantauan yang sentiasa dinantikan oleh orang kampung. Tapi macam aku cakapkan memori raya tiap tahun pasti berbeza. Yang kini di awal 20an segala persiapan raya adalah sendiri. Mercun segala macam tidak ambil kesah akan itu. Raya biasa tiada ghairah semacam 5 tahun dulu. mungkin faktor umur. Andai aku boleh lewati masa, zaman kanak-kanak adalah yang terbaik.

It's actually menjadi bulan yang sibuk buat student praktikal.Segala tomahan pahit manis aku telan demi timba pengalaman. Segala yang busuk aku wangikan dengan senyuman meskipun hati seperti ditoreh dengan pisau tajam bertubi. Kerana dengan itu akan merawat hati yang luka, pasti. Kata orang nak jadi susah itu senang dan nak jadi senang itu susah. Nak capai kejayaan awalnya merangkak tapi demi sedikit kita akan berdiri utuk gapai kejayaan. Dan itu aku sekarang. Gigih sabar dan berjaya. Aku tak kata apa yang aku ungkapkan seperti aku bagus semuanya , Aku katakan bagi memperiingatkan diri yang sentiasa alpa. bukan menjadi seseorang yang bijak berkata tapi menjadi seorang yang bijak dalam setiap langkah dalam berkata-kata. manis mulut yang kita ungkapan bukan seperti manis janji yang kita pegang. yang mana janji kita ungkapkan tapi dilupakan ia dianggap munafik. Tapi manis mulut seperti apa?  .....

Bagi yang merindui moga hilang rindu itu dengan entry yang aku sempat coretkan. wasalam.

No comments: