Followers

Feb 15, 2013

Cuti seminggu.

sebelum kata lain, Maaf diatas entry yang sangat terlewat ini.

Hai warga pembaca sekalian. rating blog sekarang makin lama makin tidak memuaskan. Ada ini kerana entry yang entah apa apa atau memang hidup ini bosan atau apa sebenarnya? Ya mintak jangan lahh ada website baru yang boleh menjatuhkan blogger sedia ada ini seperti twitter telah mengambil alih peranan facebook yang dulunya di gilai ramai. Biasa lah manusia nakkan benda baru. Suka sangaatt. Ahhh malas merepek merapu makan muruku. *kruk kruk krukk..

So ada yang mengenali aku di twitter mungkin tidak sabar apa aku sibuk kecohkan di twitter tentang percutian seminggu ni berada di UK , England. Ahhhh sejukk dia memang susah nak cakap. Even pakai baju 4 lapis sekalipun belum tentu jamin suhu badan korang stabil. Nassib baik aku ada winter coat yang tebal sampai tenggelam kepala aku Hahaha nampak comel dia dekat situ. Tapi hakikatnya aku takpakai aku kan kuat hahaha.  Lepas tu aku jalan sana jalan sini tengok mat salleh tinggi lampai terasa diri kerdil. Yang handsome tuu memang bikin hati gugur. Sampai terlupa fadzli di Malaysia. Ehemm jangan risau sayang awak tetap dihati saya sampai bila bila. Okay kita stop membebel kita lihat gambar bisa bikin korang geram. Ehemm
Told ya aku kan kuat Hahaha.  Indahnyaaaa "ENGLAND" yang aku gambarkan hahahha.
Cantiknya keindahan dia :')

Ehem pelik? Yang sebenarnya sebenarnya aku tipu jer pergi England tuu. hihihi Sebenarnya pergi cameron highland je aku mampu . Alahai bohong sunat orang kata nak seronok dengan angan-angan yang tak tercapai itu. tapi berharap agar suatu masa akan datang aku terbang kemana aku suka. Manusia ni memang kena ada angan dan mimpi biarkan kita bermimpi dan berusaha untuk realisasikan ia dengan semangat bukan hanya duduk atas katil mata pejam otak berfikir mencipta satu mimpi yang dasyat lepastu tersenyum dah puas terus tarik selimut buat taktahu. Itu mimpi orang tiada masa hadapan mimpi orang malas yang tidak mahukan perubahan untuk diri sendiri. Haish mencipta mimpi memang suatu yang indah. Baiklah tamat sesi nasihat sedikit. teruskan dengan cuti satu minggu yang bikin aku tidak lekat dirumah. Update dihari jumaat ini bermakna aku lekat dirumah untuk satu hari. Esok kembali bekerja lusa kembali pulang ke PSIS tercinta. Ya ya ya inilah kehidupan. Tambahan masalah borang resume untuk mohon tempat LI aku belum laksanakan. kerana atas masalah tertentu dan mengakibatkan aku untuk membuat kerrja lastminute. Demmit. untuk menyelesaikan masalah sebegini harusnya dengan fikiran yang tenang lagi lapang. Tarik nafas, lepas tarik lepas. huh." Selamat bercuti kawan kawan.

No comments: