Followers

Sep 28, 2011

30 rahsia wanita lelaki perlu tahu .

gambar pembuka selera, eh engkau selera kew , aku tak selera langsung ! -.-
post kali ini saya google kerana kebosanan melanda jadi saya update dua kali dalam satu hari.
untuk kaum adam agar mereka mengetahui dan mengenali wanita sedalam nya. nak lagi dalam kau cari sendiri bisa sihh . aku hanya berkongsi . kalau ada yang membangkang maka jangan salah kan aku sila salah kan encik google kerana beliau serba mengetahui dan serba boleh seperti kapten boleh. mari teruskan .

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat! 
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. 
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati. 
27. Senjata wanita adalah airmata!! 
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
sudah paham wahai kaum adam sekalian? ingat air mata wanita adalah senjata wanita. jangan mudah anggap wanita lemah bila air mata mereka menitis kerana itu adalah kekuatan mereka yang amat sehingga mereka mampu melangkah jauh dari lelaki namun begitu lelaki juga turut ada kekuatan diri yang wanita perlu tahu so semuanya sama .hikhik .sekian :)

Sep 22, 2011

saya berjaya dengan jayanya :'>


tajuk belit belit macam ular belit belit . hoho jangan nak cerita berbelit sangat boleh kan? entah apa yang berjaya dengan jaya nya . ehh macam mengelabah entry kali ini . memang mengelabahhh pon . kihkihihh entry is about lesen memandu saya telah berjaya dengan jaya nyaaa yehuuuuuuuu baby i like . actually aku tak sangka benggong bengonng aku ni boleh lulus lesen untuk P hanya sekali test. so wait for next week dapat card lesen. huh lepas dapat kata putus lulus tu aku macam nak lompat lompat eeeeee tolongg lahh kawal perasan tu. hmm

sepatutnya aku yang kene over dalam aamik test tapi ini terbalik, mama pulak yang lebih2 haishh memang lahh dia yang bayar duit driving so kalau gagal nanti duit dia yang melayang bukan aku T___T . tapi aku nervous nak mampus weyy duduk dalam dewan sejuk yang nak mampus semuanya nak mampus aku cakap lah kan. naik bukit ramai yang gagal lagi buat aku takot nak mampuihh . hmm alhamdullah lulus bahagian dua. masuk bahagian tiga on the road bersama JPJ :> ini buat saya excited terlebih . sampai test card aku tercabut clip dia . aduhhh memang dah takboleh takot lagi. macam macam dalam otak kot kot dapat JPJ yang macam haram sakai . eeeee taksuka taksuka taksuka .  tapi titew dapat JPJ yang baik . hoho alhamdllh lagi :'>

dah selesai semua mama telefon tanya itu tanya ini . kayy mama saya memang camgitu ^^ dia gelak kan tanya macam mana aku boleh lulus? hello ingat saya ngek sangat kew T__T dah lepas tuu aku terus siap remindkan mama get ready for me one car . kihkihh melampau aku ni. mama mintak masa sampai bulan 12 untuk kereta saya winkkk winkk can't wait i loveeee you you hahaha <3

nanti giliran aku pulokk bawak fadzli jalan jalan . acik dia jer kan :)

Sep 20, 2011

heartbeat dan nuffnag

alhamdullh hari ni latihan driving tak teruk macam semalam . tahap keyakinan meningkat sedikit setelah mendapat pujian daripada jurulatih metro , bukan jurulatih saya tao . jurulatih pelajar lain . dia cakap dekat saya " dari tadi saya tengok ,pandai awak drive tanpa cikgu . test nanti mesti lulus ." hee :'> semangatt naik , terima kasih cikgu. hmm so doakan saya lulus khmis ni tao. taklarat lah nak bayar kat metro rm50 kalau gagal T__T boleh aku shopping puas puas dengan duit tu. haihhhh.

saya belum jumpa fazli lagi :'< saya nanak jumpa dia sebab sebab sebab saya taknak susahkan dia . budak SPM tuu hmm tahan sikit ain woyyy . tapi tapi tadi fadzli belikan saya makan tengah hari sebab sebab aku balik dari metro tak lunch so lapar tambahan keinginan nak makan aiskrim --" so dia belikan juga lahh aiskrim bukan satu tapi duaaaaaaaaaaa . hihi terima kasihh bobo <3 titewww rindu awak tangat tangat . titew rasa nak hug awak tetat tetat . aummmmm sayangg nyaa titew dekat awakk :* belajar leklok tao nanti senang nak kawen kalau dapat kerja yang bagos  gaji yang masyuk sebab titew nak rumahh yang ada swimming pool dalam bilik . nanak jakuzi . boringgg :'>

arhhh cukup ! back to tittle . sekarang aku dah ada heartbeat dan nuff nang . ehh baru sekrg kau buat ain? eee ruginyaa jadi kau ni. eee suka hati aku lahh . huh huh apa itu heartbeat and nuffnang ? oh ituu tempat aku perolehi duit dalam berblogging . contoh nya heartbeat seperti di bawah

sila klik banner atas ini . terima kasihh . alahh korang klik ja banner atas nie . takpayah risau . takde effect atau menjejas atau mengenakan sebarang bayaran ke atas korang .

kalau nuff nag pulak? korang klik iklan dekat sidebar tuu . awwww terima kasihh banyak kalau korang klik . aku hargai sangat sangat .

Sep 16, 2011

Selamat Hari malaysia

kenapa bergaya begini? sebab dah taktahu nak pose camno lagi . haha macam kelakar .

perut dah semakin buncit baru lepas makan . lorong rumah titew buat makan makan , manyak betoi titew makan weeyy .  mula mula makan laksa lepas tu lepas tu kuew teow goreng huh. after few minutes amik pulak kastard buah dengan sandwich plus daging rendanggg huh dah takboleh kawal pemakanan aku ni hmm apo apo jolaa asal kan stay slimm . okay jangan tanya macam mana aku tetap slim walaupon aku makan banyak . entah . takde jawapan untuk soalan itu . sila tanya orang lain hikhik :'>
takde motif . betol tudung tengok kasut rasa macam pijak sesuatu eeeuuuwwww --" pleasssee T__T
hari ini hari malaysia . hari ini juga harijadi dia . adik saya nama amira sofea kihkih dah besorrr ^^