Followers

May 10, 2014

Biasa-biasa

Aku perempuan biasa biasa .

Yang punya seribu impian
Seperti yang lain mahu di realisasikan
Dengan sedikit kemanisan taburi kejayaan.

Aku hanya yang biasa-biasa.

Mampu perkata itu ini,
Namun tidak seminit dua ia terjadi.
Kuatkan aku di sini kesetian bila ada kamu
Lenyapkan resah gundah genggaman erat tanganku

Aku masih yang biasa-biasa.

Bila jatuh titisan air mata basahkan pipi
Dakap erat hilangkan kesepian disisi
betapa aku butuh kehangatan dari dirimu



Apr 29, 2014

Pembohongan mujarab

Kata dan percakapan adalah juara di dalam setiap pembohongan.

Bohong aku tak merasa jengkel bilamana kau membangga dirimu
Bohong kalau aku tak cemburu bilamana kau memuja yang lain selain diriku
Bohong kalau aku tak merasa sakit bilamana kau meremehkan aku
Bohong kalau hatiku tak terguris bilamana tutur kata kasar dilemparkan olehmu
Bohong kalau aku tak menangis tika malam bilamana kau mengabaikanku

Di setiap pembohongan yang aku cipta. 
Itu semata untuk merawat hati yang luka.
Seberapa banyak jarum kau cucuk kedalam hati dan jiwa
Seberapa banyak itu aku masih menyinta.

Minta -minta Tuhan tahu yang sebaiknya.
Untuk meneruskan segala walau perit menyeksa.

Boleh blah

Jangan mudah kau persetankan isi dunia yang engkau sendiri tidak tahu kedalaman cerita.
Dengan kerakusan kekejaman hati kau mengadakankan sebuah cerita dusta.
Kenapa engkau bersusah menaip menerjah otak fikirin semata mengarang sebuah drama dunia yang entah entah yang engkau rasa hebat ? Apa engkau tidak merasa betapa bodoh kau di mata dunia.

Kenapa tidak engkau melihat di setiap sudut perit hati sesorang dengan drama muslihat yang kau cipta? 
Mengapa tidak kau kunyah gulagula getah sahaja sambil bermain game angry bird sehingga berjam-jam, Diabaikan segalanya.
Bukan itu lebih mudah?

Mari sini kau di kasut aku dan aku di kasut mu. Ayuh kau rasa apa telah aku lakukan sebagaimana telah kau lakukan padaku. Sakit bukan? Apa kau rasa mahu mengorek lubang kuburmu sendiri ?

Jangan bagi aku lemas, Can you?

Dalam banyak ubat penawar penyakit yang menguatkan 
Kau adalah ubat yang paling mujarab untuk aku telan .
Dalam banyak dadah, nikotin yang mengkhayalkan.
Kau juga merupakan dadah paling aku gemar.

Meneguk kasih sayang yang agung bikin aku penat peluh bertubi.
Kadang tubuh longgar tidak mampu beroperasi menahan sakit rindu yang ..
Aku sendiri tak mampu ungkap.

Malas aku layan perasaan hambar
Penat aku berjalan mencari ruang .
Aku lemas, Lemas dengan perasaan rindu 
Yang kadang kau tak faham mengapa dan kenapa.

Kalau boleh , pergi jauh jangan bermain dalam kotak fikiran.
ambil pemadam nak dihapuskan namun tetap ada kesan balar yang tertinggal.
Hebat penangan rindu yang kau bagi aku.

Apr 15, 2014

Kenangan usang

Kedengaran guruh menerkam seluruh tubuh mengigil, Berpeluk tubuh akan kesejukan yang menikam hingga ke tulang. Sejuk yang tak lagi dapat disembunyikan di balik selimut tebal. Mencuba mata ditutup serapat yang boleh. Kenangan lama terus menyinggah sepintas itu, Kotak akal berfikir .. Jangan sekali di imbas kembali. Hati gagal mengawal segala perasaan. Di biar ia terus menyinggah, sedetik kenikmatan di rasai walau seketika. Masih tergiang suara sayu mengetuk hati yang pilu. Masih di rasai kelembutan bibir yang pernah menenangkan perasaan yang gundah lalu berteman air mata. Indah saat pertama bertentang mata ,
Di usap lembut rambut , Di rangkul lemah tubuh dahaga akan kasih sayang. Dicerita segala bingitkan malam yang suram, Gelak tawa menghidupkan hari-hari sukar mematikan segala kekusutan. Tangan masih terasa akan jari jemari yang pernah membuat diri terkesima.

Di biar lagi kenangan itu menyinggah untuk beberapa minit ...