Followers

Apr 15, 2014

Kenangan usang

Kedengaran guruh menerkam seluruh tubuh mengigil, Berpeluk tubuh akan kesejukan yang menikam hingga ke tulang. Sejuk yang tak lagi dapat disembunyikan di balik selimut tebal. Mencuba mata ditutup serapat yang boleh. Kenangan lama terus menyinggah sepintas itu, Kotak akal berfikir .. Jangan sekali di imbas kembali. Hati gagal mengawal segala perasaan. Di biar ia terus menyinggah, sedetik kenikmatan di rasai walau seketika. Masih tergiang suara sayu mengetuk hati yang pilu. Masih di rasai kelembutan bibir yang pernah menenangkan perasaan yang gundah lalu berteman air mata. Indah saat pertama bertentang mata ,
Di usap lembut rambut , Di rangkul lemah tubuh dahaga akan kasih sayang. Dicerita segala bingitkan malam yang suram, Gelak tawa menghidupkan hari-hari sukar mematikan segala kekusutan. Tangan masih terasa akan jari jemari yang pernah membuat diri terkesima.

Di biar lagi kenangan itu menyinggah untuk beberapa minit ...