Followers

Dec 10, 2012

Hai Kawan.

Gambar sendiri penyeri blog. tanpa aku tiada makna semua ini wujud. heh?

Entry kali ini bukan bermaksud untuk mengutuk memerli mengata meng apa yang sama waktu dengannya. entry untuk kali ini hanya luahan perasaan yang sangat mendalam aku bikin buat semua sahabat tercinta yang menjadi sahabat aku. buat secara langsung mahupun tidak. buat sahabat didunia realiti dan juga didunia cyber yang mengenali.

Apa yang aku cuba sampaikan adalah cubaan mengingati zaman kegemilangan sebenar dizaman persekolahan bersama teman yang setia sehingga kini menjadi teman yang comel. masih ingat dengan ayat ini "dulunya comot kini comel haha k mengelabah. Apa pun aku merindui zaman kegemilangan itu. kalau dulu keinginan proses pembesaran adalah sesuatu yang sangat dramastik nak cepatkan zaman persekolah sambung belajar jumpa boyfriend lepastu kahwin cepat. Biasa buat masa itu. tapi kini aku sedar, sedar akan zaman tersebut adalah sesuatu yang indah dimana semua benda tidak terletak dibahu kiri dan kanan aku. apa perlu pikir banyak , KITA BUDAK LAGI WAKTU ITU! segala dosa diampunkan kerana apa? KITA BUDAK LAGI WAKTU ITU! segala benda takperlu risau hanya pikirkan diri sendiri. well diusia yang meningkat aku merinduinya.

siapa celik cara dimana keberadaan aku hahaha -.-

dizaman sekolah inilah kita akan jumpa bermacam jenis manusia. yang di panggil kawan. bisa aku bilang kawan boleh jadi macam macam. yang baik yang jahat tikam belakang dengki mendengki. well itu biasa berlaku dan aku sudah jemu dengan itu. jemu seolah pandang jelingjeling saja. pada awalnya kita berkawan punya ramai sehingga kita akan jumpa orang yang betulbetul satu kepala satu hati dengan kita tapi itu masih belum cukup dibilang kawan sejati. jika mereka dah mula mengetahui kisah hidup dan membantu dalam apa cara sekali pun agar kita tidak susah itu namanya kawan. bukan kawan hanya untuk popular bukan juga kawan hanya untuk masa senang. yang paling penting jadikan kawan itu dengan kepentingan yang baik. jangan hanya tengok paras rupanya jelek engkau abaikan. apa engkau sudah cukup cantik dan sempurna ke? pikir disitu, kerana yang jelek itulah yang sentiasa ada untuk engkau.
Ini kawan aku selalu lepak sama selalu bercakap tanpa henti dengan aku ada masa berkongsi cerita lucu sedih gembira segala jenis cerita. ada benda dikatakan tentang orang itu dan ini. Ya, mereka bersama aku sejak zaman sekolah lagi sehingga sekarang. actually dulu kami berenam tapi sekarang berlima. kenpa? persoalannya disitu dan jawapannya cukup pendek. kerana mulut badan binasa kerana itu terpaksa kami abaikan yang lagi seorang. seperti yang aku katakan pelbagai jenis manusia akan kita kenal.
Sementara mereka pulak kawan kuat study di politeknik. boleh jadi mereka semua ni kawan sebilik. geng bermovie bersama tatkala kebosanan menguasai diri. mereka juga turut kawan memekak bila bab bilik bersepah termasuk jugak bab membuat assignment. bergaduh paling bayak memang takpayah cerita. tapi tetap satu kepala sebab masing masing tahu perangai. tapi bukan mereka je kawan aku takat sini. ramai lagi termasuk yang tengah membaca ni hahaha. 

nak cerita panjang lagi tapi ketandusan idea. terima kasih yang setia disisi. Result exam sudah keluar dan aku sangat sangat bersyukur dengan keputusan . Alhamdullah. Tomorrow going to Sunway . Okay Bubye Assalamualaikum :) 

No comments: