Followers

Apr 5, 2011

7 mitos tentang kecantikan

Tumblr_liqgi7klic1qbugsho1_500_large
heyy stalker . lame agaknye aku tak update . yeahh aku rindu nak menulis nak membebel . fana cakap aku suka pot pet , hoho kuangajo hangg adek! tapeww i still love you :')okay aku ada tip nak kongsi. so enjoy reading yahh beautiful :D

1# Mitos :
Menyapu ubat gigi pada kulit yang berjerawat boleh mengering dan menghilangkannya.
Fakta :
Kebanyakan pakar tidak berapa setuju dengan perkara ini kerana kebanyakan ubat gigi yang terdapat di pasaran mengandungi agen-agen pemutihan. Walaubagaimanapun, boleh jadi ia berkesan merawat jerawat. Apa yang penting adalah pilihlah ubat gigi biasa iaitu tanpa ramuan pemutih. Untuk kesan yang lebih, rawatlah masalah jerawat anda dengan produk yang mengandungi salicylic acid.

2#Mitos :
Kedutan akan muncul di wajah sekiranya anda tidur tanpa membersihkan solekan di mata.
Fakta :
Bukan solekan yang harus dipersalahkan. Sekiranya anda tidur dengan sisa solekan di wajah, itu bermakna anda bukanlah seorang yang mementingkan kesihatan kulit. Inilah yang menjadi punca utama wujudnya kedutan di wajah. Pastikan rutin membersihkan wajah dan menyapu krim malam adalah sesuatu yang wajib dilakukan sebelum tidur

3#Mitos :
Memotong kutikel tidak baik untuk kuku.
Fakta :
Pernyataan ini adalah benar. Memotong kutikel pada kuku anda akan menyebabkan risiko luka pada kuku dan boleh mendatangkan jangkitan. Jadi, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan membersihkan tangan anda dan kemudian ketika ia masih lembap, lapkan kuku dengan menggunakan tuala bersih atau lidi khas bagi menanggalkan kutikel. Untuk mengatasi masalah kutikel kering, anda boleh menyapukan kuku dengan minyak zaitun.

4#Mitos :
Menyilangkan kaki boleh mengakibatkan ‘spider veins’.
Fakta :
Tidak benar sama sekali. Apa yang mengakibatkan ‘spider veins’ adalah kehamilan, menghisap rokok, berdiri terlalu lama atau pengambilan pil perancang. Selain itu, faktor genetik juga merupakan punca masalah ‘spider veins’. Untuk mengatasinya, bersenamlah selalu dan amalkan pemakanan yang sihat. Percayalah, apa yang baik untuk jantung anda adalah baik untuk kulit anda juga.

5#Mitos :
Menghidu terlalu banyak haruman boleh mengurangkan daya hidu anda.
Fakta :
Benar. Jika ingin membeli haruman, elakkan menghidu lebih dari tiga haruman berturut-turut pada satu masa. Daya hidu anda sudah terlalu penuh untuk menampung haruman yang berikutnya. Kesannya, anda tidak mampu mengenal pasti sama ada haruman berikutnya adalah wangi atau tidak.

6#Mitos :
Mencukur bulu roma akan menyebabkan bulu roma baru tumbuh lebih gelap.
Fakta :
Walaupun pernyataan ini tidak benar, tetapi bulu yang baru tumbuh akan kelihatan lebih gelap. Namun hakikat sebenarnya adalah sekiranya anda mencukur bulu, ia akan tumbuh lebih kasar. Disebabkan itulah kebanyakan daripada wanita lebih gemar melakukan rawatan ‘waxing’ untuk menanggalkan bulu. ‘Waxing’ akan menanggalkan bulu daripada akarnya dan membuatkan bulu baru tumbuh lebih halus, tanpa kelihatan kasar atau gelap.

7#Mitos :
Syampu perlu ditukar setiap tiga bulan
Fakta :
Tidak benar. Sekiranya anda mengesan sebarang perubahan pada rambut, contohnya seperti kehadiran kelemumur atau minyak pada kulit kepala, ia boleh jadi petanda untuk anda berubah pada syampu yang baru. Pun begitu, rambut anda tidak akan imun pada sesuatu syampu itu. Jadi, sekiranya anda selesa dengan syampu yang sedang digunakan, teruslah menggunakannya.

so aku nak saran laa , jangan terlalu mudah percaya akan mitos-mitos sebigini sebelum korang tahu fakta dia yang sesungguh nyaa. hope girl out there lebih matang and ambil tindakan. kecantikan seseorang akan teserlah kalau korang pandai menjaga nya. bukan senang untuk jadi cantik. jangan amik mudah bende yang korang nampak remeh . aicehhhh wahh aku nie  pandai betol bercakap , arhh sudah laarhh! kbhai!

BF  aku botak pon aku masih sayang dia sangat sangat.
assalamualaikum .

No comments: