Followers

Mar 27, 2014

Untuk kesayangan.

Dulu kau mengingatkan aku tentang itu ini.
Kau memberi setiap yang buruk baik bila menjadi perempuan.
Dalam kemarahan sikap kau lembut bak kapas basah.
Kau masih memilih aku untuk terus di jaga.
Kau masih meminta mohon agar aku baik sentiasa.

Walau kau jauh kini.
Harapan aku masih menjadi kesayangan.
Walau hanya teman tapi mesra.
Tapi itu paling aku mahu.

Aku masih mahu menjadi cenggeng
Aku masih mahu bergurau kasar dalam kemanjaan
Aku masih mahu di tarik telinga dengan kedegilan meronta
Tertawa semahu-mahu menghirau segala yang indah di sekeliling
Berjalan berlanggar bahu menyadung kaki di bawah meja
Di pujuk kasar tapi meruntuh keras hati.

Andai aku bisa.
Aku inginkan magis menghentikan masa.
Agar kita masih boleh terus mengira bintang di langit
Itu mustahil..

1 comment:

Unknown said...

Best gak