Followers

Aug 21, 2012

Raya Perlu Kecoh

mungkin kalian sedang sibuk memilih gambar mana nak upload . mana satu ni banyak sangat gambar raya yang cantik. eh pening kepala kau kan. sekarang raya kedua. kesibukan beraya masih lagi ada . baru raya kedua tak kan nak update blog dah? well macam aku cakap kan raya aku dirumah aja. beraya sana sini kembali kerumah so ada masa untuk mengupdate selagi aku mampu . beraya dengan buah hati jantung pisang masak lemak ? belum lagi . ini kerana beliau busy hmmm hari jumaat baru dapat jumpa. okay taksabar nak mengedik. lumrah >.<

khamis beraya dengan kawan tercinta. setelah sekian lama tidak ketemu since semua busy dengan study this time no excuse tak boleh jumpa. cuti satu minggu kene manfaatkan sebaik mungkin . yang jauh di rapat rapatkan. raya untuk tahun ini memang sangat biasa dari luar biasanyaa. excited tak kan ada sebab rasa macam pocket aku leper je. adakah ini kerana faktor umur ku yang semakin comel meningkat. ouhh mann. WHY?! i'm still young please give me MONEY :/ memang macam ni lah hidup makin tua makin takde duit tapi belum kahwin. so duit diperlukan boleh kumpul buat kahwin. eehh seronoknya bila buka cerita kahwin nie. sapa sudi kahwin dengan aku yang banyak cakap ni? Fadzli please say youu you you hohoho.

sekejap. *masih memikir gambar apa yang ingin ditepek, akhirrnyaaa berjayaaa.
hai diraya pertama bersama adik terkecil saya yang kini membesar dengan sihat
ini anak aku . eehh bukaannn ini anak buah ku. haha timbul kontroversi susah aku. Danish sangat macho berbaju melayu bersongkok. dia terlalu suka naik riba aku sebab baju kami warna sama. penat layan kerenah lasak budak kecil yang hyper aktif . dan bila aku tengok gambar ni berulang kali aku rasa macam muka aku tengah tahan berak. puihhh buruk buruk hahhaa.
ini raya  kedua di Melaka. bersama Makcik dan cousin yang sekian lama tidak ketemu. ouhh yang baby tu pulak anak buah juga . okay comel sangat mcam aku masa kecil hahahahhaa nak juga tuu woii. bagi chance .
Tiga beradik. siapa paling gemok? haha mestilah kakak aku yang tengah hahahha :)
Aku adik Dia Kakak. semakin membulat sejak duduk melaka. di bandingkan aku yang maintain. maintain ke? hahaha tak tak tak. ada yang mengatakan aku sudah bulat dibahagian pipi. aku simpan lemak dipipi. bila makan dia taknak pergi kebahagian yang sepatutnya dia pergi ke pipi juga so bukan salah aku. haishh memang lepas raya kene timbang balik berat bagi yang bulat tu habis semakin bulat lah korang. bagi aku yang memang kurus kepeng ni memag tak perlu risau cuma memikirkan macam mana nak kuruskan pipi. ehhh ada pula macam tu. perut buncit memang tak boleh dibendung lagi sebab kerakusan makan di hari raya tak dapat dihentikan. ekot suka hati asalkan perut puas. perut kenyang hati pun senang. bila gemok sikit mulut pun potpetpotpet padahal salah sendiri makan tak baca doa. hahahhaa bila dah balik poli confirm mesti ada yang akan cakap "ehh aku dah gemok lah sekarang makan kat rumah banyak sangat. hihihi.
Jadi di akhir kata setelah banyak menaip , Selamat Hari Raya Babes. Kawal sikit nafsu makan tuu. bila gemok jangan salahkan rendang ayam daging ke apa semua tu. salah diri yang tak tahu bendung nafsu makan yang rakus. bila gemok apa susah pergi gym kuruskan balik. bakar lemak senang je duduk dalam api kasi bakar badan tu habis semua lemak kau. hahahha gurau kasar sikit jangan marahh . hari raya ni . mintak maaf kalau terkasar bahasa. tiada niat hanya bergurau. salam sayang dari Ain anak pakcik zambri yang tidak bersedia bergelar sudah tua oleh sebab itu tak dapat duit raya banyak tahun ini. saya masih seorang anak kecil. hihi puihh sana puiihh sini. Assalamualaikum :'>





No comments: